Anda bisa melihat ada berapa juta menu
dan resep makanan dan minuman diatas dunia itu, banyak sekali dan
semakin hari semakin bertambah ragam dan variasinya, padahal mungkin
nalar logis anda bisa berkata bahwa "makanan/minuman hanyalah makanan
dan minuman, fungsinya hanya memberikan rasa di lidah dan mengenyangkan
perut, dan setelahnya dikeluarkan lagi menajdi zat yang ITU" .
Begitu juga halnya dengan yang dinamakan
Cinta
, tak ada habisnya orang-orang selalu berfikir, berbicara, dan
berkreasi denga cinta, sehingga di dunia ini pun ada jutaan
lebih...banyak sekali macam-macam menu dan kreasi berbahan dasar cinta,
di semua konteks kehidupan.
Motivasi Cinta
berperan besar dalam perilaku tiap manusia. Orang-orang yang suka
berkreasi membuat puisi-puisi atau syair-syair cinta, ibarat orang-orang
yang suka berkreasi membuat berbagai menu masakan baru.
Kata-kata bijak tentang cinta bisa memberikan inspirasi dan motivasi yang membangun.
Kita bercinta sejak lahir.Sudah terlalu banyak definisi tentang
cinta. Terutama filem-filem hindustan. Cinta telah diberikan mekap yang
cukup mengasyikkan.Cinta suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui
kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta
tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan
kasih sayang yang teragung. Manusia membina sahsiah di muka bumi
bermodalkan kasih sayang dan cinta.
Cintalah segalanya bagi orang yang sedang bercinta. Cinta menjadi
jambatan penghubung kepada dua hati yang asalnya terpisah dan saling
tidak mengerti.
Cinta adalah motivasi terbaik manusia. Manusia telah ditebarkan di
muka bumi dengan dibekalkan rasa cinta. Cinta telah menemukan kembali
adam dan hawa. Melalui cintalah manusia membina sahsiah dan menjadikan
alam ini tempat yang terbaik untuk didiami.
Jika cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu dari nikmat
Allah telah tercabut daripada anda. sedang cinta salah satu nikmat
teragung Allah terhadap hambanya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai
cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah nula terhakis. Ketiadaan
cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda.
Orang yang tiada perasaan cinta adalah orang yang telah kehilangan
motivasi dalamannya. cinta seharusnya melahirkan tindakan yang
melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam
membuat keputusan berhubung dengan insan-insan berlawanan. Cinta adalah
kenderaan menuju kebahagiaan.
Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia bermula dan sentiasa. saat
bermulanya cinta adalah rasa teragung yang dirasai oleh setiap manusia.
Inilah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakannya. Tatkala itu
cinta benar-benar menjadi motivasi yang terhebat. andainya lautan api
direntangkan di tengah-tengah, masih sanggup direnangi untuk
menggambarkan betapa cinta begitu memotivasi dan perlu bukti. Tiada lagi
rasa teragung kecuali cinta.
Cinta melambangkan kegembiraan, keseronokan, kepuasan, kenikmatan
dan semua rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan.
Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti di atas cinta,
memperolehi cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil di
bawah kebesaran Allah.
Biar tinggi martabat cinta, ada cinta yang seolah-olah telah hilang
keramatnya. Adakalanya cinta yang suci dan penuh makna itu menjadi
barang terbuang, berciciran di mana-mana, dilorong-lorong, di bawah
rimbunan pepohon dan apatah lagi apabila malam telah melabuhkan
tirainya. Manusia-manusia durjana berebut-rebut mengutip bunga cinta
yang berkeliaran dan bersimpang siur itu. Harga diri dipertaruhkan dan
dicagarkan hingga akhirnya menjadi habuan nafsu yang tidak mengenal iman
dan kehormatan.
Entah di mana silapnya cinta yang sepatutnya menjadi lambang
kebahagiaan, kedamaian dan keamanan manusia sejagat adakalanya menjadi
pemusnah. Cinta hadir daripada ketrampilan pemilik cinta itu sendiri.
Seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta dan mencintai seorang
waanita akan menunjukkan sikap, penampilan serta gerak laku yang
sentiasa menyakinkan insan yang dicintainya itu.
Cinta yang murni adalah pemangkin kepada kehidupan yang penuh
bahagia. Sebgaimana ia bermula, cinta seharusnya berkekalan sedemikian
rupa sehinggalah ke penghujungnya. Cinta tidak harus dinodai oleh
perlakuan-perlakuan kejam, tidak bermoral dan juga yang mencarik
kesucian cinta itu sendiri. Andainya cinta boleh dikekalkan sebagaimana
ia bermula, bahagia adalah jawapan untuknya.
Kejayaan sesebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada suci
dan murninya cinta yang dipermodalkan. selama mana cinta dapat
dipertahankan pada kedudukannya selama itulah bahagia akan menjadi
penghias yang terindah. Apabila cinta sudah tidak dihargai, kehidupan
akan berpaling ke tahap terendah. Jawapannya derita tanpa penyudah.
Tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran, cinta sudah ada dalam
setiap insan. Cinta sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk
dirasai dan diberikan kepada individu yang berhak. Meniti di atasnya
bererti meniti di atas bahagia.
Tiada lagi suatu rasa pun yang boleh memotivasikan manusia kecuali
rasa cinta dan bahagia. Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk
didaki. Dengan bahagialah lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Dengan
cinta dan bahagialah matlamat kehidupan insan menjadi sempurna. Tanpa
kedua-duanya, semua kelihatan tercabut dari hasrat, kehendak, sasaran,
target dan cita-cita yang murni.
Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita.
Tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang
benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang,
dewasa, beriman malah berperibadi mulia.
Cinta murni sentiasa mampu memandu manusia melepasi semua halangan
demi kecemerlangan. Cinta telah membuatakan manusia bangkit membina
kehidupan yang terbaik. Alangkah bodohnya orang yang menjadikan cinta
jambatan untuk membina kesusahan.
Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi. Jika
diberikan kepada seseorang ia ibarat menghadiahkan sebukit emas
untuknya. Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapannya adalah
kerukunan dan persefahaman yang berpanjangan.
Begitulah seharusnya cinta………..
Hendry Curado